...UNTUK DIRIMU YANG BERGELAR MUSLIMAH..

"semoga hijab menjadi pakaianmu...semoga kesucian menjadi amalanmu...semoga kesopanan menjadi perhiasanmu...semoga syurga menjadi tempatmu..."

Wednesday, March 31, 2010

JANGAN BERSEDIH...


Salam ukhwah dan salam kembali... Terdetik dihati hari ini untuk menulis tentang kesedihan.Hari-hari yang berlalu biarkan ia berlalu dan jadikan ia sebagai satu pengalaman dan satu pengajaran.Tidak selamanya hari akan sentiasa cerah..kadangkala mendung itu muncul..dan kadang-kadang pelangi juga mewarnai kehidupan yang penuh dengan menah ujian.Hidup ini terkadang di bawah dan terkadang di atas.Kita sebagai insan harus bijak untuk berpijak dibumi yang nyata ini.Kepada insan yang sedang diuji,belum diuji dan akan diuji...
  • Jangan Bersedih...Cinta ALLAH dan Rasulullah Menjamin Kebahagiaan
  • Jangan Bersedih...Redha Dengan Anugerah Allah Membuat Anda kaya di Dunia
  • Jangan Bersedih...Allah Maha Pengampun lagi Maha Penerima Taubat serta Rahmatnya yang Maha Luas
  • Jangan Bersedih...Semata-mata disebabkan Anda Berbeza dengan Orang lain kerana setiap kejadian Allah itu ada kelebihan tersendiri
  • Jangan Bersedih...Bila Disakiti, Dicela, Direndahkan atau Dizalimi kerana setiap perkara yang berlaku adalah dugaan dari Yang Maha Esa
  • Jangan Bersedih Sesungguhnya Setelah Kesusahan Akan Ada Kemudahan
  • Jangan Bersedih...Kerana Kesedihan Anda akan Membuat Musuh Anda Gembira
  • Jangan Bersedih...Atas Perilaku Manusia Terhadapmu Tetapi Perhatikanlah Perilaku Merekaa Terhadap Allah
  • Jangan Bersedih...Allah Tidak Akan Mensia-siakan Pengorbananmu dan setiap perkara yang baik mahupun buruk ada hikmahnya
  • Jangan Bersedih, Dunia ini Terlalu Hina Untuk Ditangisi

Semoga kata-kata ini memberi perangsang kepada ubat segala kesedihan.Wahai sahabatku sekalian teruskan semangat dan teruskan perjuangan dalam melalui hari-hari yang akan mendatang.Wassalam....

No comments:

Post a Comment